Taklimat Kempen Internet Selamat Bazar Raya Nadi 2026

15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

14 Mac 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Taklimat Kempen Internet Selamat sempena Program Bazar Raya NADI 2026. Taklimat ini dihadiri komuniti Felda Pasoh 3 terdiri daripada kanak-kanak, remaja, belia dan warga emas.

Taklimat Kempen Internet Selamat bertujuan meningkatkan kesedaran digital secara selamat. Kempen Internet Selamat menekankan bahawa kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial bagi mengelakkan risiko buli siber, namun mereka masih boleh melayari internet untuk tujuan pembelajaran. Melalui aktiviti Bingo Kreatif, kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai alternatif berfaedah tanpa perlu media sosial.

Kesimpulannya, Kempen Internet Selamat ini merupakan langkah proaktif dalam melahirkan komuniti digital yang bijak dan bertanggungjawab, terutamanya bagi warga FELDA Pasoh 3. Dengan menekankan larangan media sosial bagi kanak-kanak bawah 13 tahun, kempen ini berjaya membuktikan bahawa internet tetap menjadi ruang pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali